Bab 1
Razziah mengamati ukiran inai di tangannya lama. Kemudian, Matanya dialihkan kepada sebentuk cincin
bertatah sebutir berlian kecil yang terletak cantik di jari manisnya. Cincin itu dipicitnya geram. Dia menanggalkan cincin itu dan meletakkannya di dalam kotak kecil baldu miliknya. Kotak itu seterusnya dimasukkan ke dalam laci almari meja soleknya. Razziah sedar, sekarang tiada guna
lagi dia menangis. Kalau dia menangis air mata darah sekalipun, dia tidak dapat mengubah takdir. Dua jam yang lepas, dia telah pun sah menjadi isteri kepada Syed Haikal. Kenyataan yang benar tetapi amat menyakitkan. Dia kecewa dengan sikap Tengku Zafran yang tidak berusaha untuk memenangi hati papa dan mamanya.
Dia memerhatikan figuranya di cermin. Dia membuka mahkota kecil
dan veil yang berada di atas tudung.Kemudian, dia meletakkannya di atas katil
pengantin yang bercadar rona putih bersih. Dia memerhatikan bilik pengantinnya yang dihias indah. Dia sepatutnya rasa bahagia di hari
perkahwinannya tetapi kini dia tidak rasa apa-apa.
Dia geram mengenangkan lelaki itu masih meneruskan
pernikahan dengannya walaupun berulang kali Razziah menyatakan ketidak relaannya.
Lelaki itu buat-buat tidak faham. Hanya satu azam dipasangkan di dalam
hatinya.Buatkan lelaki yang tidak faham bahasa itu sengsara.As you wish it, Syed Haikal! No matter what, I’ll never follow your order ! Kau memang
pentingkan diri! Dia bermonolog sendirian.
Bunyi pintu biliknya diketuk. Razziah buat tak tahu. Setelah
tiga ketukan berbunyi, pintu bilik terbuka. Lelaki itu masuk lengkap berbaju
Melayu berwarna putih dan bersongkok. Razziah pura-pura mencari sesuatu di dalam laci almari
mekapnya. Dia malas mahu memandang lelaki itu.
“Sayang, petang ni kita balik rumah abang ya.”
Sayang? Pergi mampus dengan sayang kau tu. Aku tak inginlah!Dia memaki hamun Syed Haikal di dalam hati tetapi pada zahirnya, Razziah hanya mendiamkan diri.Dia malas hendak bertikam lidah dengan lelaki itu lagi.
“Kalau sayang tak nak ikut,abang tak paksa.Tapi abang kena balik petang ni jugak sebab abang ada meeting dengan client. Abang dah janji dengan diorang.” sambung Syed Haikal lagi.
Tahu pun aku tak ingin ikut kau! Lagi cepat kau pergi lagi bagus.Buat semak je kat sini. Razziah menyisir rambutnya setelah membuka hijab yang menutupi kepala.
“Beg baju abang mana?” soalnya lagi.Razziah bertemu pandang dengan Syed Haikal di dalam cermin. Razziah mengalihkan pandangannya.Manalah aku tahu.Sendiri bawa,sendiri simpanlah.Tak kuasa aku nak melayan.
“Sayang, petang ni kita balik rumah abang ya.”
Sayang? Pergi mampus dengan sayang kau tu. Aku tak inginlah!Dia memaki hamun Syed Haikal di dalam hati tetapi pada zahirnya, Razziah hanya mendiamkan diri.Dia malas hendak bertikam lidah dengan lelaki itu lagi.
“Kalau sayang tak nak ikut,abang tak paksa.Tapi abang kena balik petang ni jugak sebab abang ada meeting dengan client. Abang dah janji dengan diorang.” sambung Syed Haikal lagi.
Tahu pun aku tak ingin ikut kau! Lagi cepat kau pergi lagi bagus.Buat semak je kat sini. Razziah menyisir rambutnya setelah membuka hijab yang menutupi kepala.
“Beg baju abang mana?” soalnya lagi.Razziah bertemu pandang dengan Syed Haikal di dalam cermin. Razziah mengalihkan pandangannya.Manalah aku tahu.Sendiri bawa,sendiri simpanlah.Tak kuasa aku nak melayan.
“Oh, kat sini rupanya!” jawab Syed Haikal,sendiri.Dia tahu yang Razziah mengelak untuk bercakap dengannya. Dia cuba untuk menciptakan suasana ceria di bilik itu.Bercakap sendiri pun bolehlah.
“Abang mandi dulu ya. Kalau sayang nak ikut bersiaplah.Papa dan mama benarkan abang bawa balik sayang.”
Ni memang sengaja cari gaduh ke apa? Aku tak nak ikut kau lah.Aku rasa macam nak belasah je dia ni sampai lembik. Ambik kau! Lepas tu, mesti jadi heading newspaper. Isteri belasah suaminya sampai lembik selepas selesai majlis pernikahan.Astaghfirullah.Jauh pula imaginasi aku ni. Razziah... sabar ya,senjata yang paling baik untuk Razziah adalah ‘Silence'.
Dia melepaskan keluhan dari
bibirnya. Dia cuma memerhatikan Syed Haikal mengambil tuala mandi dan terus beredar ke bilik
air.
MAKANAN sudahpun terhidang di atas meja makan. Mama dan papa
sudah pun duduk di meja makan yang terletak di ruang empat segi di antara dapur dan ruang rehat. Razziah
mengambil tempat duduk di hadapan mama dan papanya.
“Mama masak semua ni? Sedapnya bau.Tapi banyak sangat ni..” Razziah memerhatikan lauk pauk yang tersusun. Ikan siakap masak tiga rasa, sotong masak kunyit,sambal udang,sup cendawan dan sayur goreng.
“Bukan mama yang masak ni. Mama order kat restoran je tadi,ziah.Mana sempat mama nak masak semua ni. Ziah dengan Haikal kan dah nak balik Kajang.”
“Eh! Mana suami kamu? Kenapa tak turun sekali dengan dia?” tegur Papa
Razziah senyap.Tidak tahu apa yang perlu diucapkan.Lidahnya kelu.Tau takut...
“Haikal yang suruh dia turun dulu papa. Ziah lapar sangat tadi. Kan sayang?” Syed Haikal terpacak di ruangan makanan. Matanya sempat memerhatikan Syed Haikal yang memakai kemeja T dengan seluar jeans berwarna biru gelap.
Razziah mengangguk dan senyum sedikit. Dia tidak mahu mama dan papa dapat menghidu cara dia melayan Syed Haikal. Jika tidak, habislah panjang berjela pula syarahan papa dan mama untuknya.
“Mama masak semua ni? Sedapnya bau.Tapi banyak sangat ni..” Razziah memerhatikan lauk pauk yang tersusun. Ikan siakap masak tiga rasa, sotong masak kunyit,sambal udang,sup cendawan dan sayur goreng.
“Bukan mama yang masak ni. Mama order kat restoran je tadi,ziah.Mana sempat mama nak masak semua ni. Ziah dengan Haikal kan dah nak balik Kajang.”
“Eh! Mana suami kamu? Kenapa tak turun sekali dengan dia?” tegur Papa
Razziah senyap.Tidak tahu apa yang perlu diucapkan.Lidahnya kelu.Tau takut...
“Haikal yang suruh dia turun dulu papa. Ziah lapar sangat tadi. Kan sayang?” Syed Haikal terpacak di ruangan makanan. Matanya sempat memerhatikan Syed Haikal yang memakai kemeja T dengan seluar jeans berwarna biru gelap.
Razziah mengangguk dan senyum sedikit. Dia tidak mahu mama dan papa dapat menghidu cara dia melayan Syed Haikal. Jika tidak, habislah panjang berjela pula syarahan papa dan mama untuknya.
“Panjang umur menantu mama ni” ujar Mama sambil tersenyum.
“Duduklah Haikal.Nanti kamu berdua lambat pula nak balik.” pelawa papa.
“Terima kasih pa. InshaAllah sempat ni.Lagipun baru pukul dua kan. Papa dengan mama tak makan lagi?” soal Syed Haikal, prihatin. Dia menarik kerusi di sebelah Razziah dan terus duduk.
“Takkanlah mama dan papa nak makan dulu, mestilah tunggu anak menantu mama.” ujar mama.
Razziah hanya diam sahaja. Dia rasa terasing. Papa dan mama melayan Haikal terlalu mesra sehingga dia terasa hati. Macam kau pulak anak mereka! Dia menjeling Syed Haikal apabila Syed Haikal melemparkan senyuman kepadanya.
“Ziah,apa tunggu lagi, sendukkan nasi untuk Haikal.” Mama menghulurkan pinggan kepada Razziah. Razziah mencedokkan nasi sedikit ke dalam pinggan.
“Abang nak lauk apa?” soal Razziah lembut. Sengaja memaniskan wajahnya.Lagak isteri mithali.
Syed Haikal tersenyum melihat wajah isterinya. Dia terasa kelakar pula bila Razziah memberikan layanan first class di hadapan papa dan mama. Tiba-tiba datang ideanya untuk mengusik si isteri.
“Sayang letak je lauk apa yang sayang nak makan.Kita share sama-sama. Mama dengan papa tak kisahkan kalau kami makan sepinggan?”tutur Syed Haikal sambil memandang mama dan papa.
Razziah menyumpah di dalam hati.Hatinya mendongkol geram. Dia
menjeling suaminya.
“Eh,mama lagi suka.Sunnah Nabi kan makan berkongsi ni. Betul tak abang?” Balas mama.
“Betul tu ayang. Papa teringat masa kami baru-baru kahwin dulu.Macam tulah jugak. Tapi mama kamu yang ajak kongsi pinggan, katanya senang kerja, jimat pinggan,jimat air dan jimat tenaga.” tutur papa.
Papa ketawa kuat. Syed Haikal juga turut ketawa melihat papa mengusik mama. Senang hatinya melihat kemesraan papa dan mama mentuanya.
Razziah hanya memerhati. Dia tidak ketawa langsung. Dia hilang selera memikirkan perlu berkongsi makanan
bersama Syed Haikal.
“Amboi abang!! Pandailah mengata ayang.Jangan percaya sangat cakap papa kamu tu Haikal” Mama menggelengkan kepala.Dia tahu yang suaminya memang terlalu suka mengusik dirinya.Dari muda sampaikan ke tua.Langsung tidak berubah.
“Panjang pula kita berbual.Jomlah makan dulu. Ziah pun diam je tu.Lapar sangatlah agaknya tu” balas papa.
Tiba-tiba Razziah mendapat idea..
“Aduh!!!” Tiba-tiba Razziah memegang perutnya.Wajahnya berkerut-kerut seperti menahan sakit.
“Kenapa sayang?” Syed Haikal memandang isterinya.
“Kenapa pulak kamu ni Ziah? Tadi okay je” celah mama tidak puas hati. Dia tahu itu cuma helah Razziah. Dia cukup kenal anak gadisnya yang satu itu.
“Entahlah mama, sakit pulak perut Ziah ni.Senggugut la kot ma, Ziah baru period pagi tadi. Ziah nak berehat di bilik sekejap ya.” Razziah ketawa di dalam hati. Dia nampak perubahan wajah Syed Haikal.Walaupun dia pura-pura senggugut tetapi kenyataan yang dia baru datang bulan pagi tadi itu betul.
Razziah menolak kerusi dan berdiri.
“Abang, mama dan papa makan dulu ya.”
“Abang tunggu sayang ya.” Syed Haikal memandang wajah Razziah.
“Tak payah, abang makan dulu ya.” Balas Razziah selamba.
Papa dan mama cuma menggelengkan kepala.
Syed Haikal terus memerhatikan isterinya yang beredar dari situ.
Baru padan dengan muka kau Haikal! Nak makan sepinggan? Tak ingin aku! Tak makan seminggu pun tak apa tau! Ambil kesempatan depan papa dengan mama kan? Sekarang rasakan!
Razziah menghempaskan badan ke tilam empuknya setiba di
kamarnya. Dia tersenyum puas.
Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada di
meja kecil tepi katil. Dia memerhatikan skrin telefonnya. Terdapat 10 panggilan
tak berjawab bersama simbol mesej di peti masuk.
Razziah segera menekan butang untuk melihat nama si pemanggil.Tengku Zafran?
Setelah seminggu Tengku Zafran menyepi, kenapa sekarang baru dia nak hubungi aku?
Kemudian, dia membuka peti masuk. Dia menekan untuk membaca mesej yang datangnya dari orang yang sama.
I tak mampu lupakan you :(
-Your Prince-
Kenapa you buat I macam ni Zaf?
Air mata Razziah jatuh berlinangan ke dua belah pipinya. Dia menangis dan terus
menangis sehingga terlena di atas katilnya.
best.
ReplyDeleteTqvm kak sarah :) <3
Deletebtul kak marissa...best2
ReplyDeleteTqvm Aisyah :) <3
DeleteNice starting :) Thinking about ex isn't good Razziah :)
ReplyDeletesetuju dgn subashini VJ
DeleteTqvm subashini ;) yeah, think about ex isn't good at all but Razziah will keep doing that here ,lol
DeleteThanks comel ;)
DeleteKeep it up..
ReplyDeleteThanks ;)
Deletebesttt
ReplyDeleteThanks novel novellas ;)
Deletemenarik dan best... :)
ReplyDeleteThanks Zakiah ;)
Deletebest =)
ReplyDeleteThanks ;)
Deleteermmm....menarik jugak nie..cpt sambung yer... :)
ReplyDeleteThanks ayu :) isA, sy cuba update by this week ya :)
Deletebest!! hope dpt baca smbungannya scepat mungkin..
ReplyDeleteThanks amellia ;) isA, sy cuba usahakan by this week ya :)
DeleteBesttt tpi agak takut jugak klau Razziah akn trus ingt kat TZ tuuu... Argghhh! >< Hehe, smbung ASAP yaa! <3
ReplyDeletegood... good... teruskan berteka-teki, this week isA akn ada update ^_^
DeleteWahhh..Best la sis..Mcm x sbr2 pula nak tggu smbungan nye..
ReplyDelete-Amiraz
Thanks for reading...isA,da update nnt sis inform :)
DeleteBest 3x.
ReplyDeleteThanx baby mio coz sudi singgah d blog lavendar zyra ni :)
Delete